YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 29, 2013

Matang Secara Rohani dan Iman

2 Korintus 3:3
Tetapi Tuhan adalah setia. Ia akanmenguatkan hatimu dan memelihara kamu terhadap yang jahat.

Ada pokok mangga yang tumbuh subur di halaman rumah kami. Pokok mangga ini mengeluarkan buah yang sangat lebat. Tetapi disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, buahnya akan gugur apabila mula matang menyebabkan hasilnya kurang.

Buah-buah kerohanian dan iman kita seharusnya menjadi matang. Namun akibat suasana dunia yang mencabar, ramai umat Tuhan yang gugur secara rohani. Dunia ini yang penuh dengan hal-hal yang mencabar iman sehingga ramai yang tidak dapat bertahan lalu gugur. Seorang mengatakan,"bagaimana seorang kristian boleh menjadi maju dalam pendidikan sementara taat setia kepada Tuhan?" Seorang pelajar terpaksa meninggalkan ibadahnya kepada Tuhan untuk memenuhi tuntutan pendidikannya. Sementara seorang lagi berkata,"Saya terpaksa berkerja pada hari sabat kerana majikan saya tidak benarkan saya mengambil cuti pada hari sabat" Inilah contoh-contoh cabaran yang umat Tuhan perlu hadapi. Besar kemungkinan akan menyebabkan kematangan iman terjejas dan seterusnya gugur. Kita haruslah mengambil firman Tuhan sebagai garis panduan "Dalam segala keadaan pergunakanlah perisai iman, sebab dengan peerisai itu kamu akan memadamkan semua panah api dari si jahat dan terimalah ketopong keselamatan dan pedang roh iaitu firman Allah." Efesus 6:16,17


Berbagai-bagai keadaan dunia kita hadapi. Rasul Paulus mengatakan dalam segala keadaan kita seharusnya memakai perisai iman yang berasal dari firman Tuhan. Adakah anda hari ini keluar menjalankan aktiviti anda dengan menyarungkan perisai iman? Atau anda berserah sahaja dengan keadaan yang menimpa anda? Firman Tuhan, doa dan penyerahan hidup pada Tuhan setiap hari akan menentukan iman dan rohani anda tetap terpelihara walaupun melalui pelbagai keadaan dunia.

Friday, January 25, 2013

Doa Seorang Bapa

Mazmur 143:1
Ya, Tuhan dengarkanlah doaku, berilah telinga pada permohonanku! Jawablah aku dalam kesetiaanMu demi keadilanMu.


Seorang Pastor menutup khutbahnya dengan satu panggilan,"Jika ada disini ingin saya bawa dalam doa, sila angkat tangan."  Lalu seorang pemuda berdiri dan berkata, "Tolong doakan saya kerana beban dosa saya terlalu berat untuk saya pikul."


Pemuda ini telah mealrikan diri dari rumahnya dan tidak pernah menghubungu keluarganya selama hampir sepuluh tahun. Selepas dia menerima Yesus, malam itu dia menulis surat kepada ibu bapanya memberitahu mereka tentang perubahan dalam hidupnya. Beberapa hari selepas itu dia menerima balasan surat dari ibunya. Ibunya berkata,"Anakku yang kekasih, kamu mungkin telah menerima Yesus pada jam yang sama ketika bapa kamu telah direhatkan Tuhan. Dia sudah lama sakit dan pada hari itu dia merasa sangat tidak tenang. Dia berpusing-pusing di atas katilnya dan berseru didalam doanya,"Ya Tuhan, tolong selamatkan anakku yang tidak berdaya dan mengembara." Sebelum itu ayamu tidak pernah putus-putus berdoa untuk kamu. Saya pasti salah satu sebab kamu menjadi kristian kerana doa ayahmu yang tidak putus-putus kepada Allah.

Doa seorang bapa akan meminta, mencari dan mengetuk bagi pihak anak-anaknya, sambil percaya dengan tekun bahawa Bapa Syurgawi akan melakukan yang terbaik. (Matius 7:7-11)

Anda sebagai ibu bapa mungkin mempunyai anak-anak yang menjauhi Tuhan. Terus berdoa bagi mereka. Berkat doa yang tidak putus-putus, kita percaya dan yaki Tuhan akan melakukan yang terbaik untuk mereka. Pada hari ini marilah kita mengucap syukur kepada Tuhan untuk semua bapa yang setia berdoa tanpa henti untuk anak-anak mereka.

Thursday, January 17, 2013

Terlalu Banyak Kerja


Mazmur 42:6
Mengapa engkau tertekan hai jiwaku dan gelisah dalam diriku, berharaplah kepada Allah! Sebab aku akan bersyukur lagi kepadaNya, penolongku dan Allahku.

Ada masa-masamya saya merasa terlalu banyak kerja yang harus diselesaikan. Jaduyal mesyuarat yang harus dihadiri, temu janji dan tarikh-tarikh akhir untuk seusuatu yang perlu disiapkan sudah tiba sehingga terasa tidak ada ruang untuk sesuatu yang perlu disiapkan. sudah tiba sehingga tidak ada ruang untuk bernafas. Kehidupan sering kali dipenuhi oleh terlalu banyak kerja, tanggungan dan di rumah sekalipun banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Apabila hal itu berlaku kepada saya, dan mungkin perkara ini mungkin akan berlaku pada anda, saya boleh mengambil beberapa pilihan sama ada sya mengundur diri dan tidak membuat apa-apa dan membuatkan saya terumbang-ambing dalam lautan persoalan. Saya juga boleh memaksa diri untuk melakukan kerja-kerja supaya semua orang merasa senang, tetapi membuatkan saya menjadi tertekan.

Atau saya boleh mengubah sudut pandangan dengan mengingatkan diri saya akan hal yang diberitahu Yesus kepada Martha (Lukas 10:38-42) Yesus memberitahu Martha bahawa dia telah menjadi gelisah kerana banyak kerja yang harus dikerjakan.(Ayat 40). Yesus mengingatkan dia bahawa saudaranya Maria telah memilih satu perkara yang tidak akan diambil daripadanya.(Ayat 42). Seperti kebanyakan kita, Martha terlalu dikuasai oleh pelayanannya sehingga dia lupa akan perkara yang paling penting iaitu persekutuannya dengan Tuhan. Dia akan mengangkat beban anda dan memberikan sudut pandangan yang tepat. Hasil persekutuan dengan Tuhan juga akan mengilhamkan anda akan kebijaksanaan untuk menyelesaikan tugas dan kerja yang banyak.

Wednesday, January 16, 2013

Mukjizat Terus Berlaku

2 Tawarikh 30:2
Sesudah itu para imam Lewi bangun dan berdiri memberkati rakyat. Suara mereka didengar Tuhan dan doa mereka sampai di kediamanNya yang kudus di syorga.

Sementara berada di gereja pada malam rabu, kami mengadakan doa kelompok dan mendengar suara dari setiap kelompak berdoa pada Tuhan pada masa yang sama. Kedengarannya seperti kata-kata yang tidak ketentuan dan tidak dapat dimengerti oleh manusia. Saya teringat pula doa-doa yang diucapkan serentak oleh umat-umat Tuhan setiap jam tujuh pagi dan petang dalam pelbagai bahasa dari seluruh dunia. Apakah Tuhan dapat mendengar dan memahami doa umat-umatNya?

Bagi kita yang sampai ke tahap bingung apabia dua orang anak bercakap serentak kepada kita, maka sudah tentu sekali mukjizat apabila Tuhan dapat mendengar anak-anakNya pada masa yang sama berdoa dengan pelbagai bahasa.

hizkia memanggil orang isreal berhimpun ke Yerusalem dan ikut bersama-sama dalam pujian dan doa 2 tawarikh 30:1. Ramai orang datang dalam perayaan dan kebaktian itu, mereka memuji dan berdoa kepada Tuhan. Semasa mereka berdoa, suara mereka didengar Tuhan dan doa mereka sampai ke tempat kediamanNya yang kudus di syorga 2 tawarikh 30:27. Pada hari ini, di seluruh dunia, jutaan orang dalam pelbagai bahasa sedang berdoa kepada Tuhan. Marilah bersukacita dengan penuh keyakinan kerana kita tahu bahawa Tuhan mendengar setiap doa-doa kita. Tiada satu suara pun yang tidak didengarNya. Pengetahuan bahawa Dia mendengar kita seharusnya membuat kita bersukacita dalam doa-doa kita.

Tuesday, January 15, 2013

Banyak Cara Membenarkan Diri Tetapi Hanya Satu Cara Untuk Menjadi Lurus

Galatia 6:7
Jangan sesat, Allah tidak membiarkan diriNya dipermainkan. Kerana apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya.

Ada seorang yang menceritakan pengalamannya. Sewaktu dia berjalan di satu lorong dia terlihat sampul surat yang berisi wang sebanyak lapan ribu ringgit. Dia mengambil wang itu dan menganggap itu adalah berkat besar untuknya. Dia beranggapan bahawa duit yang jatuh merupakan berkat untuk orang yang melihatnya, lagipun kalau dia tidak menambil wang itu, ia akan tetap diambil oleh orang lain yang melihatnya. Satu lagi kisah seorang yang menjumpai wang yang besar jumlahnya tetapi dia menyerahkan wang itu kepada pihak polis dan membiarkan polis mencari pemiliknya. Orang ini menganggap bahawa dia tidak berhak mengambil sedikit pun dari wang itu kerana ia milik orang lain.

Manusia mempunyai banyak cara untuk membenarkan dirinya menurut motifnya sendiri bila berhadapan dengan soal kejujuran sama ada caranya betul atau tidak. Tetapi firman Tuhan menjelaskan sama ada caranya betul atau tidak. Firman Tuhan menjelaskan bahawa hanya satu cara kita untuk bertindak dalam apapun kita hadapi iaitu dengan bertindak atas kejujuran dan kesetiaan kita pada Tuhan. Oleh itu apapun tindakan kita terhadap sesuatu perkara, kita harus bertanya pada diri sendiri, sama ada tindakan yang dibuat itu berlandaskan kepada kejujuran dan kesetiaan kita pada Tuhan atau kita bertindak untuk memuaskan nafsu dan keinginan diri kita sendiri.

Setiap kali kita bertindak, kita sedang menabur sesuatu untuk kita tuai kemudian. Tindakan kita sama ada perkataan, perbuatan atau sebagainya jelas dalam pandangan Tuhan. "Mata Tuhan ada disegala tempat mengawasi orang jahat dan orang baik." Amsal 15:3. Tuhanlah yang akan menghakimi segala-galanya nanti. Satu-satunya cara kita untuk memuliakan Tuhan dan persediaan kita pada suatu hari tanggunjawab itu adalah dengan menjalani kehidupan oleh iman iaitu kesetiaan dan kejujuran kepada Tuhan.

Monday, January 14, 2013

Tetapi Tuhan...

Kejadian 39
Bagaimana mungkin aku melakukan kejahatan yang besar ini dan berbuat dosa terhadap Allah.

Bagaimana seandainya Yusuf menyerah pada godaan isteri Potifar? Bayangkan bahawa sebenarnya ia dapat membenarkan dosanya dengan berkata, "Tetapi Tuhan, Engkau tentu tidak ingin saya bahagia dan Engkau tahu betapa kesepiannya saya di sini. Lagi pula saya fikir saya mencintainya."

Bagaimana pula sekiranya Abraham tidak taat saat Allah menyuruhnya meninggalkan UR dan pergi ke daerah yang tidak diketahuinya. Bagaimana sekiranya Abraham berkata, "Tapi Tuhan, saya sudah menetap disini, saya tidak dapat mengambil risiko untuk sebuah masa depan yang tidak pasti. Saya harus menjaga Sarai, saya tidak mahu pergi."

Terpujilah Allah kerana Yusuf dan Abraham melakukan hal yang benar. Yusuf keluar dari godaan, ia lari dari dosa. Abraham meninggalkan Ur, berkelana dengan penuh ketaatan dan keyakinan akan firman Tuhan. Dalam hidup, kita menghadapi dua pilihan. Kadang-kadang godaan muncul dihadapan kita. Saat itu kita boleh lari meninggalkan dan memperoleh penghargaan dari Tuhan atau kita menyerah dan menuai akibatnya yang menyedihkan lalu membuat alasan-alasan penyesalan. Kadang-kadang kita merasa Tuhan menuntun kita ke arah tertentu, kita dapat memilih mengikuti Dia dan percaya bahawa Dialah Maha Tahu atau kita dapat memberikan pelbagai alasan yang mengada-ada dan hidup dalam ketidaktaan.

Waktu kita berhadapan dengan godaan dan pilihan kita harus membiarkan pimpinan Roh Kudus untuk memimpin kita menolak sebarang godaan dan pilihan yang salah. Contohi Yusuf dan Abraham yang tidak menyerah kepada keinginan untuk berkata "Tetapi Tuhan". Tuhan tidak menuntut kejayaan tetapi Dia inginkan kesetiaan dan ketaatan.

Sunday, January 13, 2013

Di Mana Damai Sejahtera Itu?

Yesaya 48:18
Sekiranya engkau memperhatikan perintah-perintahku, maka damai sejahteramu akan seperti sungai yang tidak pernah kering, dan kebahagiaanmu akan terus berlimpah seperti gelombang laut yang tidak pernah berhenti..


Ramai orang berfikir bahwa damai sejahtera dapat diperoleh ketika ia memiliki harta berlimpah, jabatan atau kedudukan tinggi atau meraih kejayaan tertentu dalam hidup ini. Sehingga mereka berusaha sedemikian rupa agar harapan untuk merasakan damai sejahtera itu benar-benar wujud. Mereka berfikir asal ada wang yang cukup saja apa saja yang diingini pasti akan terlaksana. Lalu mereka pergi menghibur diri ke tempat-tempat hiburan dengan harapan agar hati terhibur dan tekanan hilang. Ternyata di tempat itu mereka boleh mendapatkan damai sejahtera buat sementara waktu sahaja. Itulah damai sejahtera sementara yang ditawarkan oleh dunia dimana ramai orang terjerat didalamnya. Sebagai anak-anak Tuhan yang berpengharapan dalam Yesus, damai sejahtera itu hanya akan dapat dikecapi hanya dalam cinta kasih Yesus. Dunia boleh menyajikan apa sahaja tetapi belum marasai nikmat damai sejahtera, itu tandanya anda masih jauh dari sumber damai sejahtera itu.

Kunci utama untuk mendapatkan damai sejahtera itu ialah sentiasa dalam hadirat Tuhan dan hidup dalam ketaatan. Jika kita sentiasa menyediakan waktu bersama Tuhan, maka kasihNya akan selalu mengalir memenuhi hati kita yang mengundang suasana damai sejahtera. Kita berhadapan dengan pilihan sama ada untuk memilih damai sejahtera dengan menuruti perintah-perintahNya atau sebaliknya. Bukan mudah membuat pilihan "Roh memang penurut tetapi daging lemah" Matius 26:4. Namun damai sejahteraNya tersedia bagi orang-orang yang setia dan taat kepadaNya. FirmanNya tegas mengatakan bahawa "Tidak ada damai sejahtera bagi orang-orang fasik" Yesaya 48:22.

Saturday, January 12, 2013

Aliran-Aliran Hidup Kekal

Yohanes 7:38
Barangsiapa percaya kepadaKu, seperti yang dikatakan oleh kitab suci: Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup.

Hari itu hari jumaat. Saya sedang dalam perjalanan balik dari Tamparuli ke Kudat tempat saya melayani. Di pertengahan jalan, tiba-tiba kereta saya mati dengan sendirinya. Bila saya keluar untuk memeriksanya, kelihatan asap yang panas keluar dari bahagian enjin. Rupa-rupanya hos saluran air yang menyejukkan enjin telah pecah menyebabkan air kering menjadikan enjin kereta menjadi terlalu panas lalu mati dengan sendirinya.

Peristiwa ini mengingatkan saya tentang seorang pakar kesihatan mengatakan dalam ceramahnya bahawa tubuh manusia mengandungi 70% cecair yang membuatkan tubuh manusia tetap hidup. Jika tubuh manusia kekurangan air, ia sangat memudaratkan badan manusia.

Begitu juga dengan kerohanian manusia. Tubuh kerohanian manusia memerlukan kuasa air hidup dari Yesus Kristus iaitu kepercayaan kita akan Yesus agar dari dalam hati kita akan mengalir aliran-aliran air hidup. Aliran air kehidupan yang berasal dari Yesus sendiri yang menyebabkan kehidupan rohani kita terus mengalir menuju kepada hidup kekal. Oleh itu, kita harus sentiasa memastikan air hidup itu mengalir dalam hidup kita. Itulah sebabnya Yesus mengatakan, "Barangsiapa haus, baiklah ia datang kepadaKu dan minum." Yoh 7:37. Datanglah kepada Yesus setiap hari untuk mengisi kehidupan kita dengan air kehidupan dengan membaca, mempelajari dan merenung firmanNya.

Bila kita kekurangan atau kehabisan air kehidupan dalam hidup kita, ia akan menyebabkan kerosakan rohani kita yang kekal atau sangat sukar memperbaikinya. Kita perlu air kehidupan yang berasal dari iman atau kepercayaan kita kepasa Yesus untuk mengalahkan dunia."Siapa yang mengalahkan dunia selain daripada dia yang percaya bahawa Yesus adalah anak Allah" 1Yoh 5:5.

Friday, January 11, 2013

Ingin Kaya Dan Cinta Wang

1 Timotius 6:7
Sebab kita tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan kitapun tidak dapat membawa apa-apa ke luar.



Hidup orang percaya sepenuhnya tergantug pada iman di dalam janji-janji Tuhan. Perlu kita sedari bahawa selama kita dibumi ini, kita akan mengalami banyak pergumulan dan juga peperangan rohani. Namun Alkitab dengan tegas menyatakan bahawa iman orang percaya mampu mengalahkan duni " dan inilah kemenangan yang mengalahkan dunia: iman kita. Siapakan yang dapat mengalahkan dunia, selain daripada dia yang percaya bahawa Yesus adalah anak Allah?" 1 Yak 5:4,5.

"Dunia" disini bermaksud segala sistem atau cara hidup dunia. Berlaku curang, mementingkan diri sendiri, mengumpul wang dengan cara yang salah, menekan orang yang lemah, mengambil keuntungan dari orang lain dengan cara hidup dunia. Hanya iman mampu menaklukkan kecenderungan yang ada dakam diri kita yang selalu ingin memiliki sesuatu-sifat ingin memiliki itu tidak salah. Jika sifat itu terarah kepada perkara yang tepat dan benar itu akan menghasilkan hal-hal luar biasa. Tetapi kalau ia terarah kepada hal-hal negatif, ia akan membawa kepada kehancuran. "Terapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencubaan, ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, yang menenggelamkan manusia ke dalam keruntuhan dan kebinasaan. Karena akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu wanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka." 1 tim 6:9,10.



Ingin cepat kaya dan cinta wang adalah hal yang diingini manusia. Keinginan inilah yang akhirnya akan menghancurkan kehidupan manusia sendiri. Kerana iru Salomo menasihatkan, "jangan bersusah payah untuk menjadi kaya, tinggalkan niatmu itu." Amsal 23:4.

Thursday, January 10, 2013

Kasih Tuhan Tidak Berkesudahan

Hosea 11:2
Makin ku panggil mereka, makin mereka pergi dari hadapanku. Mereka mempersembahkan korban kepada para baal dan membakar korban kepada patung-patung.


Manusia yang hanya berasal dari tanah tidak mampu memahami, menyelami dan mengerti fikiran Tuhan yang Maha Besar dan tak terukur itu. Menurut pemikiran manusia karena Tuhan adalah peribadi yang Maha Kudus tentunya mereka bersalah, berbuat dosa dan menyeleweng dari jalan-jalanNya pasti segera dibinasakanNya. Namun fikiran manusia, bukan fikiran Tuhan. Firman Tuhan, "Sebab Aku ini Allah dan bukan Manusia, Yang Kudus di tengah-tengah mu, dan Aku tidak datang untuk menghanguskan" Hosea 11:9. Tuhan itu panjang sabar dan sentiasa memberi kesempatan kepada manusia untuk kembali bertaubat. Tuhan pasti merasa sangat sedih dan menyesal jika umat yang dipilih dan dikasihiNya semakin dipanggil, semakin menjauh dari hadapanNya.

Bangsa israel dahulukala itu adalah bangsa yang degil, namun kasih Tuhan tidak berkesudahan. Dalam kekecewaanNya Tuhan berkata, "pada hal Akulah yang mengajar Efraim berjalan dan mengangkat mereka di tanganKu tetapi mereka tidak mahu insaf, bahawa Aku menyembuhkan mereka. Aku menarik mereka dengan tali kesetiaan, dengan ikatan kasih. Bagi mereka aku seperti orang yang mengangkat kuk dari tulang rahang mereka. aku membungkuk kepada mereka untuk memberi mereka makan." Hosea 11:3,4. Pengalaman bangsa israel menjadi pengajaran berharga bagi kita. Fahamilah bahawa apabila kesulitan dan persoalan datang dalam hidup kita, itu tidak bererti Tuhan tidak mengasihi kita. Tuhan ingin kita dapat kembali mengingat kasih dan kebaikanNya. Mungkin selama ini kita sudah melangkah jauh dari Tuhan dan melalui masalah dan penderitaan. tetapi tali kasih Tuhan menarik kita untuk kembali kepadaNya dan memulihkan kita.

Wednesday, January 9, 2013

Contoh Iman Paulus

Kisah Para Rasul 20:12
Sementara itu, mereka menghantarkan orang muda itu ke rumahnya, dan mereka semua merasa terhibur.


Rasa mengantuk yang luar biasa dialami oleh seorang pemuda yang bernama Eutikus yang sedang duduk di jendela sewaktu Paulus berkotbah. Eutikus sedang berada dalam rasa mengantuk yang berat waktu dia mendengar Paulus berkotbah, pada hal Paulus sedang berkotbah denga nberapi-api, dengan suara yang menggegar tetapi Eutikus masih tidak dapat mengawal rasa mengatuknya. Akhitnya Eutikus terjatuh dari jendela yang mempunyai ketinggian 3 tingkat. Melihat kejadian itu semua orang menjadi gempar dan cemas memikirkan bahawa pemuda itu sudah meninggal dunia.

Paulus merasa bertanggungjawab atas musibah yang menimpa Eutikus. Paulus berkata kepada orang ramai "Jangan ribut,sebab ia masih hidup" Kpr 20:10. Kenapa Paulus begitu yakin bahawa Eutikus masih hidup? Paulus bukanlah seorang yang tidak tahu membezakan orang yang sudah mati atau masih hidup. Hanya iman, inilah yang membuat Paulus yakin bahawa pemuda itu hidup dan dapat dibangkitkan lagi. Ada tertulis, "Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang kita tidak lihat" Ibrani 11:1. Paulus sedang memperkatakan iman, iman memampukan seseorang menentang alam logik manusia. Dengan iman, Paulus percaya segala sesuatu belum terlihat secara mata kasar dan terbukti Eutikus telah bangkit semula. Itu bukan kerana Paulus, tetapi kerana iman yang ada dalam diri Paulus.

Sebagai orang percaya, kita pun harus memandang dengan mata iman. Iman di sini bukan sekadar untuk mempercayai bahawa Yesus Juruselamat, tetapi juga iman untuk menghadapi segala persoalan yang terjadi dalam kehidupan kita. Mari kita jalani hidup ini dengan penuh iman kepada Tuhan. yakinlah bahawa tidak ada yang mustahil bagi Dia. Tidak ada cara lain untuk mengalami dan merasa perbuatan-perbuatan ajaib dari Tuhan kecuali kita berjalan dalam iman setiap hari.

Tuesday, January 8, 2013

Mengakui Kelebihan Orang Lain Adalah Sifat Rendah Hati

Amsal 29:2
Keangkuhan merendahkan orang, tetapi orang yang rendah hati, menerima pujian.

Ada seorang sahabat lama saya yang sering mengatakan hal-hal yang baik-baik mengenai saya bila berjumpa. Sebenarnya hal-hal itu adalah perkara biasa tetapi dia melihat berbagai sudut yang positif dan memujunya. Bila saya berfikir mengenai hal itu, ada juga kebenarannya dan pujian itu membuat saya akan giat melakukannya lagi.


Semua orang pasti suka dipuji, dihormati dan juga dihargai oleh orang lain klaau dilakukan dengan ikhlas. Orang tidak suka jika ada orang meremehkan, merendahkan atau menghina. Pujian terhadap seseorang itu sangat bererti, boleh membangkitkan semangat baginya untuk berkerja lebih giat dan lebih baik lagi. Bila majikan memuji pekerjanya, pekerja itu pasti makin bersemangat untuk berkerja dan melakukan yang lebih baik lagi. Sebaliknya jika majikan terus menekan dan memarahi pekerjanya, bukan pula bertambah semangat berkerja tetapi sakit hati kerana pekerjaan tidak dihargai. Pujian dapat meningkatkan mutu pekerjaan seseorang/. Tentu sahaja pujian yang kita berikan bukan saja pada perkara-perkara yang besar sahaja, tetapi juga untuk perkara yang kecil. "Kerana barangsiapa setia dalam perkara-perkara kecil ia setia juga dalam perkara-perkara besar" Lukas 16:10.

Pujian juga dapat membuka hati seseorang untuk menerima teguran ataupun kritikan orang lain. Sayang, tidak semua orang boleh memberikan pujian kepada orang lain. Hanya orang yang memiliki kerendahan hati yang mengakui kelebihan atau prestasi baik orag lain. Mari kita belajar untuk menjadi orang yang rendah hati, kerana "Manusia yang sombong akan direndahkan dan orang yang angkuh akan ditundukkan dan hanya Tuhan sajalah yang maha tinggi pada hari itu,"Yesaya 2:11.

Monday, January 7, 2013

Isi Fikiran Dengan Hal-Hal Yang Suci

Filipi 4:8
Jadi akhirnya, saudara-saudara, semua yang benar, semua yang mulia, semua yang adil, semua yang suci, semua yang manis, semua yang sedap didengar, semua yang disebut kebajikan patut dipuji, fikirkanlah semua itu.

Sering kali bila saya membuka fecebook, terdapat post-post dari pengguna yang mempamerkan gambar-gambar yang lucu dengan komen-komen yang menjadi gurauan orang ramai. Sebagai umat Tuhan saya rasa hal-hal seperti itu seperti itu tidak membawa pemikiran seperti yang dikehendaki oleh Tuhan.

Rasul Paulus menasihatkan agar fikiran setiap orang percaya diisi fengan hal-hal yang benar, mulia,adil,suci,manis, sedap didengar dan semua patut dipuji. Untuk memiliki fikiran yang selalu positif tidak ada jalan lain selain harus taat kepada firman Tuhan. Inilah yang dilakukan Rasul Paulus, "Kami menawan segala fikiran dan menaklukkannya kepada Kristus" 2Kor 10:5. Menaklukan fikiran kepada Kristus bererti kita mengisi fikiran Tuhan setiap hari. Dengan firman Tuhan kita dituntun untuk selalu berfikiran positif. Fikiran yang benar dan positif adalah modal bagi Tuhan untuk menyatakan kasih dan kuasaNya dalam kehidupan kita. Oleh itu, "Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama menaruh fikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus" Filipi 2:5.


Apakah hari-hari anda masih dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif?Khuatir, takit, cemas, putus asa dan sebagainya. Tinggalkan itu semua. Jangan biarkan setan menjajah dan menghancurkan hidup kita dengan hal-hal negatif dalam fikiran kita. Mintalah kuasa roh kudus memimpin apa yang kita lihat, kita dengar dan baca serta apa yang kita bualkan setiap hari, sebab apa yang kita lihat, dengar, baca mahupun dalam perbualan akan menentukan fikiran kita terisi dengan indah ataupun sebaliknya.."Sebab seperti orang yang membuat perhitungan dalam dirinya sendiri, demikianlah ia." Amsal 23:7. Dengan berfikiran yang indah, kita sedang mengaktifkan iman kita berkerja, yang ada pada saat yang tepat pasti akan terjadi dan menjadi kenyataan.

Sunday, January 6, 2013

Selagi Masih ada kesempatan

Pengkutbah 12:1
Ingatlah penciptamu pada masa mudamu, sebelum tiba hari-hari yang malang dan mendekat tahun-tahun yang kau katakan: tak ada kesenangan bagiku didalamnya!"

Kehidupan manusia tidak hanya berlansung di dunia ini saja, tapi ada kehidupan baru selepas kematian. Jadi hidup manusia ada dua tahap. Hidup sementara di dalam dunia dan hidup dalam kekekalan di akhirat nanti seperti yang dikatakan oleh Paulus, "...Jika kemah tempat kediaman kita di bumi dibongkar, Tuhan telah menyediakan suatu tempat kediaman di syurga bagi kita, suatu tempat kediaman yang kekal, yang tidak dibuat oleh tangan manusia." 2 Kor 5:1

Dalam Yesaya 22:13 mengatak " Tetapi lihatlah, ditengah-tengah mereka ada kegirangan dan sukacita, membantai lembu dan menyembelih domba, makan daging dan minum anggur, sambil berseru: Marilah makan dan minum, sebab besok kita mati" Seorang kaya yang bodoh juga berkat kepada dirinya sendiri,"Jiwaku ada padamu banyak barang, tertimbun untuk bertahun-tahun lamanya, beristirehatlah, makanlah, minumlah dan bersenang-senanglah" Luk 12:19. Orang kaya ini lupa bahawa hidup di dunia hanya sementara.

Kalau hidup ini hanya sementara dan bukan selama-lamanya dalam kesenangan, pengkutbah memperingatkan, selagi ada kesempatan, kita seharusnya menggunakan waktu yang ada untuk mengejar perkara-perkara yang menuju kepada hidup kekal. Biarlah waktu-waktu yang kita lewati itu adalah kesempatan bagi Tuhan untuk mengurapi kita dan memakai kita sebagai alat kemuliaanNya. Terlebih lagi kita yang masih muda, masa muda adalah emas bagi kita berbuat sesuatu untuk Tuhan dan juga sesama manusia. Potensi dalam diri anda adalah harta termahal. Persembahkan itu kepada Tuhan sebagai alat kebenaranNya sehingga masa muda mu menjadi teladan bagi orang lain dan nama Tuhan dipermuliakan.

Saturday, January 5, 2013

Memberi Sebelum Meminta

Pengkotbah 11:1
Lemparkanlah rotimu ke air, maka engkau akan mendapatnya kembali lama setelah itu.



Pada suatu malam, hujan turun dengan lebatnya diiringi dengan angin kencang dan petir yang sambar-menyambar, seorang doktor menerima panggilan telefon dari seseorang yang meminta dia untuk datang ke rumahnya kerana isterinya sakit. Doktor itu menjawab "Bolehkah saudara datang menjemput saya kerana kereta saya rosak, dan berada di bengkel". Mendengar kata-kata doktor itu, lelaki itu menjadi marah dan berkata" Apa?,saya harus menjemput doktor pada malam yang hujan lebat seperti ini?"

Seringkali kita meminta sesuatu daripada orang lain tetapi sering kali lupa untuk memberi terlebih dahulu. Kita tidak sedar bahawa apa pun yang kita berikan sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri dan bukan untuk siapa-siapa. Di dunia ini tiada yang percuma. Segala sesuata ada harganya. Bila kita membeli barang, kita harus memberi terlebih dahulu. Jikalau anda seorang penjual, anda juga harus memberi pelayanan dan menghasilkan produk sebelum meminta imbalan jasa anda. Inilah konsep "memberi sebelum meminta" yang sayangnya sering kita lupa dalam kehidupan sehari-hari.

Kalau anda ingin anak anda mendengar apa yang anda katakan, andalah yang terlebih dahulu memperhatikan mereka dengan mendengar keluh kesah mereka. Kalau anda ingin disayangi, maka andalah yang lebih dahulu menyayangi orang lain. Kalau anda ingin ditolong maka andalah yang terlebih dahulu memberikan pertolongan kepada orang lain. Demikianlah dengan Tuhan. Kalau anda ingin meminta sesuatu daripada Tuhan, maka andalah yang terlebih dahulu memberikan kesetiaan kepada Tuhan. Sering kali kita mengharapkan berkat-berkat dari Tuhan tapi seringkali juga kita lupa untuk memberikan kesetiaan kita pada Tuhan. Kebaikan yang kita berikan akhirnya kita juga akan menerimanya. Janganlah kita jemu-jemu berbuat baik, karena apa bila sudah datang waktunya kita akan menuai,kita tidak menjadi lemah.Galatia 6:9

Friday, January 4, 2013

Tidak Ada Yang Terlalu Sukar Bagi Tuhan

Kejadian 18:14
Adakah sesuatu apa pun yang mustahil untuk Tuhan?

Abraham dan isterinya Sara menjadi tua namun tidak mendapat anak yang mereka harapkan. Meskipun Tuhan telah menjanjikan bahawa Abraham akan mendapat keturunan seperti bintang-bintang di langit. Pada suatu hari, ada tiga orang malaikat yang diutus Tuhan untuk memperbaharui janji Tuhan, dan menyatakan bahawa mereka akan mendapat anak itu setahun kemudian. Sara telah mendengar perbualan itu lalu tertawa dalam hatinya. kerana bagi dia, untuk mendapatkan anak dalam usia yeng begitu lanjut memang suatu perkara yang mustahil. Kemudian Tuhan bertanya kepada Abraham,"Mengapa Sara tertawa dan berkata, bolehkah aku melahirkan anak sedangkan aku sudah tuan? Adakah sesuatu yang terlalu sukar bagi Tuhan?" (Kejadian 18:13,14)

Sebagai orang kristian, kita mempunyai keyakinan yang sama. Tuhan yang disembah oleh Abraham adalah Tuhan kita juga dan Dia Maha kuasa. Dialah pencipta alam semesta, dan tiada sesuatu yang lebih besar bagiNya. Bertapa terhiburnya kita oleh kebenaran ini. ia sungguh-sungguh memberi kita keyakinan yang kuat.


Pencipta yang maha tahu, maha hadir, maha kuasa dan Tuhan yang berdaulat boleh melakukan segala sesuatu. Apabila kita mempersembahkan permohonan kita kepada Bapa kita melalui doa, smbil memohon menurut kehendaknya. Dia meyakinkan kita bahawa tiada sesuatu pun yang terlalu sukar baginya. Jika Tuhan boleh menggantung bintang di langit, boleh mewarnakan awan yang berarak lalu, boleh menyuruh matahari merentangi langit, apakah yang boleh dilakukanNya untuk mu?. Kita belum membuktikan kekuatan Tuhan sebelum kita mempercayai Dia untuk melakukan yang mustahil bagi kita.

Thursday, January 3, 2013

Makan Bersama Yesus

Wahyu 3:20
Lihat, Aku berdiri dimuka pintu dan mengetuk, jikalau ada orang yang mendengar suara Ku dan  membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya dan Aku makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku.


Pada suatu pagi hari sabat, seorang teman menelefon saya dan memberitahu bahawa dia dan keluarganya akan bersabat di gereja saya dan akan bersama dengan kami makan tengah hari itu. Saya cepat memberitahu yang kami sangat mengalu-alukan kedatangan mereka. Bila saya memberitahu isteri saya berita itu, tiba-tiba kami teringat bahawa persediaan makan untuk sabat hari itu begitu terhad dan memang tidak cukup untuk tetamu. Bagaimanapun kami hanya berharap agar makanan yang sedikit itu mencukupi nanti.

Pada waktu menyediakan makan tengah hari itu, isteri saya sering menjeling-jeling kepada saya menandakan dia begitu risau dengan makanan yang sedikit itu. Tetapi apabila sampai masa untuk makan, tetamu itu mengeluarkan makanan yang dibawanya dari dalam keretanya. Kami sangat terharu kerana sebenarnya keluarga itu telah membawa makanan yang banyak untuk kami pada tengah hari itu. Bukan sahaja mereka datang untuk makan bersama kami tetapi mereka membawa segala sesuatu yang diperlukan untuk jamuan kami semua.


Keadaan itu menggambarkan perhubungan Yesus dengan kita. Dia ingin bersekutu dengan kita dan menyediakan segala sesuatu yang kita perlukan untuk jamuan bersama. Apabila kita membuka pintu hati kita dan menjemput Yesus masuk, kita mempunyai peluang untuk makan besama dengan Dia. Kita tidak mempunyai apa-apa untuk disumbangkan tetapi Dia membawa segala kekayaan rahmatNya ke dalan kemiskinan rohani kita. Persekutuan yang diberkati menjadi milik kita apabila Dia menghidangkan jamuan yang berkelimpahan dan menjemput kita bersama dengan Dia.

Wednesday, January 2, 2013

Pengakhir Hidup yang Berbahagia

Kejadian 29:35
"Kemudian Lea mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki, dia berkata, "kali ini aku akan memuji Tuhan"





Wajah Lea tidak menarik dan suaminya tidak menyayangi dia. maka Lea merindukan kasih yang tidak pernah diperolehinya. Kepedihan hatinya dinyatakan dalam nama-nama yang diberikan kepada anak-anak lelakinya. Anak lelaki pertama dinamakannya Ruben yang bererti "lihatlah anak lelaki" kerana dia b erkata "Tuhan sudah lihat kesusahanku dan kini suamiku akan mengasihi aku" (Kejadian 29:32) Tetapi dia tidak mengasihi.

Anak lelaki keduanya dinamakan Simeon yang berarti "didengar" kerana dia berkata "Tuhan sudah mengaruniakan anak ni kepadaku, kerana Dia sudah mendengar aku tidak dikasihi. Apabila anaknya yang ketiga dilahirkan, dia menamakanyna Lewi yang bererti "terikat". Kini suamiku akan lebih terikat kepadaku kerana aku sudah melahirkan anak lelaki baginya. Tetapi suami Lea tetap tidak mengasihi Lea. Lea menamakan anak keempat Yehuda yang bererti "Pujian". Dia berkata, "Kali ini aku akan memuji Tuhan".

Yakub tidak pernah mencintai Lea sebagaimana dia mencintai Rahel. Tetapi pada akhirnya kerinduan akan kasih itu dipuaskan oleh Tuhan dan kasihNya yang sempurna. Lea pasti mengalami masa-masa kesepian dan hari-hari apabila hatinya mungkin sekali memerlukan cinta manusia. Namun, Allah tetap disana untuk menghiburkan Lea.

Jika anda merasa tidak dikasihi, janganlah lari daripada kesakitan anda atau cuba mendapatkan kasih dengan cara yang salah. Sebaliknya abdikan diri kepada pengenalan akan Tuhan dan kasihilah Dia. Biarkan Dia memenuhi keperluan anda yang paling dalam. Kemudian berikan Dia segala pujian. Tentu akhirnya Tuhan akan melakukan pengakhir hidup yang berbahagia.

Tuesday, January 1, 2013

Tuhan Memulihkan Hidup Anda

Mazmur 139:1
Ya Tuhan, Engkau telah menyelami hatiku dan Engkau mengenal aku.





Sewaktu saya bercuti di kampung, ketika saya berjalan-jalan di belakang rumah saya, saya ternampak seekor burung kecil yang berwarna biru bercampur merah di atas tanah. Burung itu telah diserang oleh pemangsanya dan sedang mengheret syapnya yang patah.
Saya mengambil burung itu. Mungkin tangan saya terlalu kasar bagi burung itu, kemungkinan burung itu takut didera lagi lalu cuba melawan saya dengan sedaya upaya sambil berbunyi kuat dan mematuk tangan saya dan cuba melepaskan diri. Saya terus mendakap burung itu dan memasukkannya di dalam baju saya dan membawanya ke rumah untuk merawat burung itu.

Dalam pelayanan saya, sering kali saya berhadapan dengan orang seperti burung tadi. mereka melawan dan marah terhadap orang yang ikhlas cuba menolong mereka. Mereka dicederakan oleh dosa tetapi mereka tidak faham Tuhan sedang merawat mereka. Tuhan mengetahui ketakutan dan kehancuran yang ada di dalam hati. Daud berkata, "Ya Tuhan, Engkau telah menyelami hatiku, dan Engkau mengenal aku, Engkau mengetahui segala perbuatanku" Mazmur 139:1,3

Marilah berdoa memohon Tuhan untuk menolong kita melihat apa yang disebalik kelakuan orang peka terhadap kesakitan hati mereka. Marilah memberi respon dengan kasih, menarik mereka dan membawa mereka kepada Dia yang dapat menyembuhkan hati mereka yang hancur. Tuhan hendak membaluti hati yang patah, dan  menyapu setiap titisan air mata. Dia menenangkan dan menghibukan hati yang gelisan yang memandang Tuhan di syurga.