YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 12, 2013

Aliran-Aliran Hidup Kekal

Yohanes 7:38
Barangsiapa percaya kepadaKu, seperti yang dikatakan oleh kitab suci: Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup.

Hari itu hari jumaat. Saya sedang dalam perjalanan balik dari Tamparuli ke Kudat tempat saya melayani. Di pertengahan jalan, tiba-tiba kereta saya mati dengan sendirinya. Bila saya keluar untuk memeriksanya, kelihatan asap yang panas keluar dari bahagian enjin. Rupa-rupanya hos saluran air yang menyejukkan enjin telah pecah menyebabkan air kering menjadikan enjin kereta menjadi terlalu panas lalu mati dengan sendirinya.

Peristiwa ini mengingatkan saya tentang seorang pakar kesihatan mengatakan dalam ceramahnya bahawa tubuh manusia mengandungi 70% cecair yang membuatkan tubuh manusia tetap hidup. Jika tubuh manusia kekurangan air, ia sangat memudaratkan badan manusia.

Begitu juga dengan kerohanian manusia. Tubuh kerohanian manusia memerlukan kuasa air hidup dari Yesus Kristus iaitu kepercayaan kita akan Yesus agar dari dalam hati kita akan mengalir aliran-aliran air hidup. Aliran air kehidupan yang berasal dari Yesus sendiri yang menyebabkan kehidupan rohani kita terus mengalir menuju kepada hidup kekal. Oleh itu, kita harus sentiasa memastikan air hidup itu mengalir dalam hidup kita. Itulah sebabnya Yesus mengatakan, "Barangsiapa haus, baiklah ia datang kepadaKu dan minum." Yoh 7:37. Datanglah kepada Yesus setiap hari untuk mengisi kehidupan kita dengan air kehidupan dengan membaca, mempelajari dan merenung firmanNya.

Bila kita kekurangan atau kehabisan air kehidupan dalam hidup kita, ia akan menyebabkan kerosakan rohani kita yang kekal atau sangat sukar memperbaikinya. Kita perlu air kehidupan yang berasal dari iman atau kepercayaan kita kepasa Yesus untuk mengalahkan dunia."Siapa yang mengalahkan dunia selain daripada dia yang percaya bahawa Yesus adalah anak Allah" 1Yoh 5:5.

No comments:

Post a Comment