Kejadian 18:14
Adakah sesuatu apa pun yang mustahil untuk Tuhan?
Abraham dan isterinya Sara menjadi tua namun tidak mendapat anak yang mereka harapkan. Meskipun Tuhan telah menjanjikan bahawa Abraham akan mendapat keturunan seperti bintang-bintang di langit. Pada suatu hari, ada tiga orang malaikat yang diutus Tuhan untuk memperbaharui janji Tuhan, dan menyatakan bahawa mereka akan mendapat anak itu setahun kemudian. Sara telah mendengar perbualan itu lalu tertawa dalam hatinya. kerana bagi dia, untuk mendapatkan anak dalam usia yeng begitu lanjut memang suatu perkara yang mustahil. Kemudian Tuhan bertanya kepada Abraham,"Mengapa Sara tertawa dan berkata, bolehkah aku melahirkan anak sedangkan aku sudah tuan? Adakah sesuatu yang terlalu sukar bagi Tuhan?" (Kejadian 18:13,14)
Sebagai orang kristian, kita mempunyai keyakinan yang sama. Tuhan yang disembah oleh Abraham adalah Tuhan kita juga dan Dia Maha kuasa. Dialah pencipta alam semesta, dan tiada sesuatu yang lebih besar bagiNya. Bertapa terhiburnya kita oleh kebenaran ini. ia sungguh-sungguh memberi kita keyakinan yang kuat.
Pencipta yang maha tahu, maha hadir, maha kuasa dan Tuhan yang berdaulat boleh melakukan segala sesuatu. Apabila kita mempersembahkan permohonan kita kepada Bapa kita melalui doa, smbil memohon menurut kehendaknya. Dia meyakinkan kita bahawa tiada sesuatu pun yang terlalu sukar baginya. Jika Tuhan boleh menggantung bintang di langit, boleh mewarnakan awan yang berarak lalu, boleh menyuruh matahari merentangi langit, apakah yang boleh dilakukanNya untuk mu?. Kita belum membuktikan kekuatan Tuhan sebelum kita mempercayai Dia untuk melakukan yang mustahil bagi kita.
No comments:
Post a Comment