YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 8, 2013

Mengakui Kelebihan Orang Lain Adalah Sifat Rendah Hati

Amsal 29:2
Keangkuhan merendahkan orang, tetapi orang yang rendah hati, menerima pujian.

Ada seorang sahabat lama saya yang sering mengatakan hal-hal yang baik-baik mengenai saya bila berjumpa. Sebenarnya hal-hal itu adalah perkara biasa tetapi dia melihat berbagai sudut yang positif dan memujunya. Bila saya berfikir mengenai hal itu, ada juga kebenarannya dan pujian itu membuat saya akan giat melakukannya lagi.


Semua orang pasti suka dipuji, dihormati dan juga dihargai oleh orang lain klaau dilakukan dengan ikhlas. Orang tidak suka jika ada orang meremehkan, merendahkan atau menghina. Pujian terhadap seseorang itu sangat bererti, boleh membangkitkan semangat baginya untuk berkerja lebih giat dan lebih baik lagi. Bila majikan memuji pekerjanya, pekerja itu pasti makin bersemangat untuk berkerja dan melakukan yang lebih baik lagi. Sebaliknya jika majikan terus menekan dan memarahi pekerjanya, bukan pula bertambah semangat berkerja tetapi sakit hati kerana pekerjaan tidak dihargai. Pujian dapat meningkatkan mutu pekerjaan seseorang/. Tentu sahaja pujian yang kita berikan bukan saja pada perkara-perkara yang besar sahaja, tetapi juga untuk perkara yang kecil. "Kerana barangsiapa setia dalam perkara-perkara kecil ia setia juga dalam perkara-perkara besar" Lukas 16:10.

Pujian juga dapat membuka hati seseorang untuk menerima teguran ataupun kritikan orang lain. Sayang, tidak semua orang boleh memberikan pujian kepada orang lain. Hanya orang yang memiliki kerendahan hati yang mengakui kelebihan atau prestasi baik orag lain. Mari kita belajar untuk menjadi orang yang rendah hati, kerana "Manusia yang sombong akan direndahkan dan orang yang angkuh akan ditundukkan dan hanya Tuhan sajalah yang maha tinggi pada hari itu,"Yesaya 2:11.

No comments:

Post a Comment