YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 10, 2013

Kasih Tuhan Tidak Berkesudahan

Hosea 11:2
Makin ku panggil mereka, makin mereka pergi dari hadapanku. Mereka mempersembahkan korban kepada para baal dan membakar korban kepada patung-patung.


Manusia yang hanya berasal dari tanah tidak mampu memahami, menyelami dan mengerti fikiran Tuhan yang Maha Besar dan tak terukur itu. Menurut pemikiran manusia karena Tuhan adalah peribadi yang Maha Kudus tentunya mereka bersalah, berbuat dosa dan menyeleweng dari jalan-jalanNya pasti segera dibinasakanNya. Namun fikiran manusia, bukan fikiran Tuhan. Firman Tuhan, "Sebab Aku ini Allah dan bukan Manusia, Yang Kudus di tengah-tengah mu, dan Aku tidak datang untuk menghanguskan" Hosea 11:9. Tuhan itu panjang sabar dan sentiasa memberi kesempatan kepada manusia untuk kembali bertaubat. Tuhan pasti merasa sangat sedih dan menyesal jika umat yang dipilih dan dikasihiNya semakin dipanggil, semakin menjauh dari hadapanNya.

Bangsa israel dahulukala itu adalah bangsa yang degil, namun kasih Tuhan tidak berkesudahan. Dalam kekecewaanNya Tuhan berkata, "pada hal Akulah yang mengajar Efraim berjalan dan mengangkat mereka di tanganKu tetapi mereka tidak mahu insaf, bahawa Aku menyembuhkan mereka. Aku menarik mereka dengan tali kesetiaan, dengan ikatan kasih. Bagi mereka aku seperti orang yang mengangkat kuk dari tulang rahang mereka. aku membungkuk kepada mereka untuk memberi mereka makan." Hosea 11:3,4. Pengalaman bangsa israel menjadi pengajaran berharga bagi kita. Fahamilah bahawa apabila kesulitan dan persoalan datang dalam hidup kita, itu tidak bererti Tuhan tidak mengasihi kita. Tuhan ingin kita dapat kembali mengingat kasih dan kebaikanNya. Mungkin selama ini kita sudah melangkah jauh dari Tuhan dan melalui masalah dan penderitaan. tetapi tali kasih Tuhan menarik kita untuk kembali kepadaNya dan memulihkan kita.

No comments:

Post a Comment