Kisah Para Rasul 20:12
Sementara itu, mereka menghantarkan orang muda itu ke rumahnya, dan mereka semua merasa terhibur.
Paulus merasa bertanggungjawab atas musibah yang menimpa Eutikus. Paulus berkata kepada orang ramai "Jangan ribut,sebab ia masih hidup" Kpr 20:10. Kenapa Paulus begitu yakin bahawa Eutikus masih hidup? Paulus bukanlah seorang yang tidak tahu membezakan orang yang sudah mati atau masih hidup. Hanya iman, inilah yang membuat Paulus yakin bahawa pemuda itu hidup dan dapat dibangkitkan lagi. Ada tertulis, "Iman adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang kita tidak lihat" Ibrani 11:1. Paulus sedang memperkatakan iman, iman memampukan seseorang menentang alam logik manusia. Dengan iman, Paulus percaya segala sesuatu belum terlihat secara mata kasar dan terbukti Eutikus telah bangkit semula. Itu bukan kerana Paulus, tetapi kerana iman yang ada dalam diri Paulus.
Sebagai orang percaya, kita pun harus memandang dengan mata iman. Iman di sini bukan sekadar untuk mempercayai bahawa Yesus Juruselamat, tetapi juga iman untuk menghadapi segala persoalan yang terjadi dalam kehidupan kita. Mari kita jalani hidup ini dengan penuh iman kepada Tuhan. yakinlah bahawa tidak ada yang mustahil bagi Dia. Tidak ada cara lain untuk mengalami dan merasa perbuatan-perbuatan ajaib dari Tuhan kecuali kita berjalan dalam iman setiap hari.
No comments:
Post a Comment