Mazmur 143:1
Ya, Tuhan dengarkanlah doaku, berilah telinga pada permohonanku! Jawablah aku dalam kesetiaanMu demi keadilanMu.
Seorang Pastor menutup khutbahnya dengan satu panggilan,"Jika ada disini ingin saya bawa dalam doa, sila angkat tangan." Lalu seorang pemuda berdiri dan berkata, "Tolong doakan saya kerana beban dosa saya terlalu berat untuk saya pikul."
Pemuda ini telah mealrikan diri dari rumahnya dan tidak pernah menghubungu keluarganya selama hampir sepuluh tahun. Selepas dia menerima Yesus, malam itu dia menulis surat kepada ibu bapanya memberitahu mereka tentang perubahan dalam hidupnya. Beberapa hari selepas itu dia menerima balasan surat dari ibunya. Ibunya berkata,"Anakku yang kekasih, kamu mungkin telah menerima Yesus pada jam yang sama ketika bapa kamu telah direhatkan Tuhan. Dia sudah lama sakit dan pada hari itu dia merasa sangat tidak tenang. Dia berpusing-pusing di atas katilnya dan berseru didalam doanya,"Ya Tuhan, tolong selamatkan anakku yang tidak berdaya dan mengembara." Sebelum itu ayamu tidak pernah putus-putus berdoa untuk kamu. Saya pasti salah satu sebab kamu menjadi kristian kerana doa ayahmu yang tidak putus-putus kepada Allah.
Doa seorang bapa akan meminta, mencari dan mengetuk bagi pihak anak-anaknya, sambil percaya dengan tekun bahawa Bapa Syurgawi akan melakukan yang terbaik. (Matius 7:7-11)
Anda sebagai ibu bapa mungkin mempunyai anak-anak yang menjauhi Tuhan. Terus berdoa bagi mereka. Berkat doa yang tidak putus-putus, kita percaya dan yaki Tuhan akan melakukan yang terbaik untuk mereka. Pada hari ini marilah kita mengucap syukur kepada Tuhan untuk semua bapa yang setia berdoa tanpa henti untuk anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment