Galatia 6:7
Jangan sesat, Allah tidak membiarkan diriNya dipermainkan. Kerana apa yang ditabur orang, itu juga yang akan dituainya.
Ada seorang yang menceritakan pengalamannya. Sewaktu dia berjalan di satu lorong dia terlihat sampul surat yang berisi wang sebanyak lapan ribu ringgit. Dia mengambil wang itu dan menganggap itu adalah berkat besar untuknya. Dia beranggapan bahawa duit yang jatuh merupakan berkat untuk orang yang melihatnya, lagipun kalau dia tidak menambil wang itu, ia akan tetap diambil oleh orang lain yang melihatnya. Satu lagi kisah seorang yang menjumpai wang yang besar jumlahnya tetapi dia menyerahkan wang itu kepada pihak polis dan membiarkan polis mencari pemiliknya. Orang ini menganggap bahawa dia tidak berhak mengambil sedikit pun dari wang itu kerana ia milik orang lain.
Manusia mempunyai banyak cara untuk membenarkan dirinya menurut motifnya sendiri bila berhadapan dengan soal kejujuran sama ada caranya betul atau tidak. Tetapi firman Tuhan menjelaskan sama ada caranya betul atau tidak. Firman Tuhan menjelaskan bahawa hanya satu cara kita untuk bertindak dalam apapun kita hadapi iaitu dengan bertindak atas kejujuran dan kesetiaan kita pada Tuhan. Oleh itu apapun tindakan kita terhadap sesuatu perkara, kita harus bertanya pada diri sendiri, sama ada tindakan yang dibuat itu berlandaskan kepada kejujuran dan kesetiaan kita pada Tuhan atau kita bertindak untuk memuaskan nafsu dan keinginan diri kita sendiri.
Setiap kali kita bertindak, kita sedang menabur sesuatu untuk kita tuai kemudian. Tindakan kita sama ada perkataan, perbuatan atau sebagainya jelas dalam pandangan Tuhan. "Mata Tuhan ada disegala tempat mengawasi orang jahat dan orang baik." Amsal 15:3. Tuhanlah yang akan menghakimi segala-galanya nanti. Satu-satunya cara kita untuk memuliakan Tuhan dan persediaan kita pada suatu hari tanggunjawab itu adalah dengan menjalani kehidupan oleh iman iaitu kesetiaan dan kejujuran kepada Tuhan.
No comments:
Post a Comment