2 Tawarikh 30:2
Sesudah itu para imam Lewi bangun dan berdiri memberkati rakyat. Suara mereka didengar Tuhan dan doa mereka sampai di kediamanNya yang kudus di syorga.
Sementara berada di gereja pada malam rabu, kami mengadakan doa kelompok dan mendengar suara dari setiap kelompak berdoa pada Tuhan pada masa yang sama. Kedengarannya seperti kata-kata yang tidak ketentuan dan tidak dapat dimengerti oleh manusia. Saya teringat pula doa-doa yang diucapkan serentak oleh umat-umat Tuhan setiap jam tujuh pagi dan petang dalam pelbagai bahasa dari seluruh dunia. Apakah Tuhan dapat mendengar dan memahami doa umat-umatNya?
Bagi kita yang sampai ke tahap bingung apabia dua orang anak bercakap serentak kepada kita, maka sudah tentu sekali mukjizat apabila Tuhan dapat mendengar anak-anakNya pada masa yang sama berdoa dengan pelbagai bahasa.
hizkia memanggil orang isreal berhimpun ke Yerusalem dan ikut bersama-sama dalam pujian dan doa 2 tawarikh 30:1. Ramai orang datang dalam perayaan dan kebaktian itu, mereka memuji dan berdoa kepada Tuhan. Semasa mereka berdoa, suara mereka didengar Tuhan dan doa mereka sampai ke tempat kediamanNya yang kudus di syorga 2 tawarikh 30:27. Pada hari ini, di seluruh dunia, jutaan orang dalam pelbagai bahasa sedang berdoa kepada Tuhan. Marilah bersukacita dengan penuh keyakinan kerana kita tahu bahawa Tuhan mendengar setiap doa-doa kita. Tiada satu suara pun yang tidak didengarNya. Pengetahuan bahawa Dia mendengar kita seharusnya membuat kita bersukacita dalam doa-doa kita.
No comments:
Post a Comment