YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 3, 2013

Makan Bersama Yesus

Wahyu 3:20
Lihat, Aku berdiri dimuka pintu dan mengetuk, jikalau ada orang yang mendengar suara Ku dan  membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya dan Aku makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku.


Pada suatu pagi hari sabat, seorang teman menelefon saya dan memberitahu bahawa dia dan keluarganya akan bersabat di gereja saya dan akan bersama dengan kami makan tengah hari itu. Saya cepat memberitahu yang kami sangat mengalu-alukan kedatangan mereka. Bila saya memberitahu isteri saya berita itu, tiba-tiba kami teringat bahawa persediaan makan untuk sabat hari itu begitu terhad dan memang tidak cukup untuk tetamu. Bagaimanapun kami hanya berharap agar makanan yang sedikit itu mencukupi nanti.

Pada waktu menyediakan makan tengah hari itu, isteri saya sering menjeling-jeling kepada saya menandakan dia begitu risau dengan makanan yang sedikit itu. Tetapi apabila sampai masa untuk makan, tetamu itu mengeluarkan makanan yang dibawanya dari dalam keretanya. Kami sangat terharu kerana sebenarnya keluarga itu telah membawa makanan yang banyak untuk kami pada tengah hari itu. Bukan sahaja mereka datang untuk makan bersama kami tetapi mereka membawa segala sesuatu yang diperlukan untuk jamuan kami semua.


Keadaan itu menggambarkan perhubungan Yesus dengan kita. Dia ingin bersekutu dengan kita dan menyediakan segala sesuatu yang kita perlukan untuk jamuan bersama. Apabila kita membuka pintu hati kita dan menjemput Yesus masuk, kita mempunyai peluang untuk makan besama dengan Dia. Kita tidak mempunyai apa-apa untuk disumbangkan tetapi Dia membawa segala kekayaan rahmatNya ke dalan kemiskinan rohani kita. Persekutuan yang diberkati menjadi milik kita apabila Dia menghidangkan jamuan yang berkelimpahan dan menjemput kita bersama dengan Dia.

No comments:

Post a Comment